Lawatan Ilmiah ke Persatuan PENGASIH Malaysia
Siaran Akhbar dan Foto : Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam
MALAYSIA, Ahad, 17 Disember. – Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (BDAC) telah mengadakan Lawatan Ilmiah yang pertama ke Persatuan PENGASIH Malaysia di Kompleks Cinta Manis, Pahang.
Rombangan BDAC ini disambut oleh Presiden Persatuan PENGASIH Malaysia, Encik Hafizi bin Harun.
Dalam ucapan alu-aluan beliau, mereka amat berterima kasih atas kesudian pihak Majlis AIDS Brunei Darussalam untuk berkunjung ke Kompleks Persatuan PENGASIH yang baharu.
Sesi diteruskan dengan sesi taklimat mengenai persatuan dan lawatan ke fasiliti kompleks. Presiden Persatuan PENGASIH berkongsi beberapa pencapaian persatuan sama ada di dalam negeri, mahupun luar negara serta jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh persatuan tersebut.
Apa yang menarik daripada lawatan tersebut, khidmat rehabilitasi yang ditawarkan bukan hanya dibukakan kepada warganegara Malaysia akan tetapi ia juga dibukakan kepada penduduk dari luar negara. Selain itu juga perkhidmatan ‘After Care – Support Group’ juga menarik perhatian yang mana ia bukan hanya sekadar untuk ‘follow up’ tetapi juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui aktiviti sukan dan keagamaan.
Semasa lawatan tersebut, Ahli Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam berkesempatan untuk berinteraksi dan beramah mesra bersama-sama para Ahli Eksekutif Pusat PENGASIH dan para residen.