Persatuan PENGASIH Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai sebuah organisasi yang berasaskan sebuah komuniti dan yang tidak berasaskan keuntungan dalam menyediakan perkhidmatan sosial. Dilesenkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia untuk menyediakan Rawatan & Pemulihan untuk masalah Ketagihan, kami juga aktif di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dalam aktiviti Pencegahan, Rawatan & Pemulihan sejak 30 tahun yang lalu.