PENGASIH Malaysia Ucap Tahniah Kepada Mohd Razman Rahmat Atas Pelantikan Sebagai Panel Pakar Rujuk JPK
KUALA LUMPUR, 23 Julai – PENGASIH Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Kompleks PENGASIH Cinta Manis, En. Mohd Razman Rahmat, atas pelantikan sebagai Panel Pakar Rujuk bagi kajian pembangunan Occupational Framework (OF) untuk bidang Mental Health & Substance Abuse di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Pelantikan tersebut mengiktiraf pengalaman luas beliau dalam bidang pemulihan ketagihan, kesihatan mental serta pembangunan program rawatan dan pemulihan berasaskan komuniti yang telah dilaksanakan bersama PENGASIH Malaysia selama bertahun-tahun.
Sebagai Panel Pakar Rujuk, En. Mohd Razman akan menyumbang pandangan dan kepakaran dalam pembangunan kerangka pekerjaan yang bakal menjadi rujukan bagi kompetensi, laluan kerjaya dan keperluan industri dalam sektor Mental Health & Substance Abuse.


PENGASIH Malaysia percaya pelantikan ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan kepada En. Mohd Razman Rahmat, malah turut mencerminkan keyakinan terhadap pengalaman dan sumbangan PENGASIH dalam memperkasakan perkhidmatan pemulihan ketagihan di Malaysia.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi memperkukuh pembangunan modal insan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pemulihan serta kesihatan mental di negara ini.