PENGASIH Malaysia Adakan Kunjung Hormat Kepada Menteri Kesihatan
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – Persatuan PENGASIH Malaysia (PENGASIH) telah mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam menangani isu penagihan dadah dan pemulihan komuniti.

Delegasi PENGASIH Malaysia diketuai oleh Penaung PENGASIH Malaysia, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin, bersama En. Hafizi Harun, Presiden PENGASIH Malaysia serta barisan pengurusan PENGASIH. Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu terkini pendekatan rawatan, pemulihan serta sokongan berterusan kepada individu yang sedang dan pernah berdepan dengan masalah penagihan.


Dalam pertemuan tersebut, PENGASIH turut berkongsi permasalahan dan kekangan pertubuhan itu dalam membantu proses pemulihan dan reintegrasi bekas penagih ke dalam masyarakat melalui pelbagai program sokongan komuniti.
Kunjung hormat ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara PENGASIH Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memperluas inisiatif rawatan dan pemulihan yang lebih berkesan demi kesejahteraan masyarakat.