Kompleks PENGASIH Cinta Manis Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Setempat
BENTONG, 5 Mac 2025 – Kompleks PENGASIH Cinta Manis telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan semangat ukhuwah bersama komuniti setempat.

Majlis tersebut telah dihadiri Pegawai Daerah Bentong, YH Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, YB Tuan V. Arumugam A/L A. Veerappa, serta Penaung PENGASIH Malaysia, Dato’ Dr. Abd Halim Mohd Hussin. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim. Selain itu, majlis ini turut dihadiri pemimpin-pemimpin masyarakat serta wakil komuniti sekitar daerah Bentong.

Penganjuran majlis berbuka puasa ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PENGASIH dengan pemimpin setempat serta masyarakat sekitar, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan. Program tersebut juga menjadi ruang untuk memperkukuhkan sokongan komuniti terhadap usaha pemulihan dan pembangunan insan yang dilaksanakan oleh PENGASIH Malaysia.
Majlis berakhir dengan sesi berbuka puasa secara berjemaah yang berlangsung dalam suasana harmoni, mencerminkan semangat perpaduan dan keprihatinan masyarakat terhadap usaha membantu individu yang sedang melalui proses pemulihan.
















































