Sesi Perkongsian “Relapse Prevention” bersama Aloysius Joseph
Hari ini telah berlangsung sesi perkongsian Relapse Prevention yang disampaikan oleh Aloysius Joseph, MS, CPRC, Pengarah Peer Supports & International Collaboration dari Samaritan Daytop Village, Amerika Syarikat.

Aloysius, yang berasal dari Perak, Malaysia, merupakan antara tokoh yang sangat mempengaruhi pembinaan program TC PENGASIH, selain memainkan peranan besar dalam memperluaskan model Therapeutic Community (TC) ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia. Setelah berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau terus mengembangkan kepakaran dalam rawatan ketagihan dan pembangunan komuniti terapeutik.

Dalam sesi hari ini, beliau berkongsi pendekatan praktikal, teknik pengurusan diri, serta strategi sokongan rakan sebaya bagi membantu individu mengekalkan pemulihan jangka panjang.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Semoga ilmu yang dikongsikan memperkukuh perjalanan pemulihan dan menguatkan rangkaian sokongan komuniti kita.












