
PENGASIH Malaysia Anjur Bengkel Antarabangsa: Fokus Rawatan dan Pemulihan Berasaskan Bukti untuk Ketagihan Dadah
Kuala Lumpur, 9 Julai 2025 – Persatuan PENGASIH Malaysia dengan kerjasama MADAC dan PERKAMA International akan menganjurkan satu bengkel antarabangsa bertajuk “Evidence-Based Treatment and Rehabilitation Modalities for Substance Use Disorder (SUD)” pada 16 dan 17 Julai 2025, bertempat di Kompleks PENGASIH Cinta Manis, Pahang Darul Makmur.
Bengkel ini bertujuan untuk menghimpunkan para profesional, pengamal, penyelidik serta komuniti sokongan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi pendekatan terkini, berasaskan bukti (evidence-based) dalam merawat ketagihan dadah dan gangguan penggunaan bahan (SUD). Ia merupakan satu platform penting dalam memperkukuh amalan rawatan dan pemulihan yang lebih efektif, saintifik dan berpusatkan manusia.

Majlis akan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dato’ Dr. Abd. Halim Mohd Hussin, Ketua Penasihat Persatuan PENGASIH Malaysia.
Antara barisan penceramah jemputan yang akan berkongsi ilmu dan pengalaman mereka termasuk:
- Hafizi Harun – “An Overview of PENGASIH Malaysia: History, Mission and Impact”
- Dr. Halim Naeem – “If It’s Not Broken, Don’t Fix It: An Assessment of Time-Tested Treatments and Practices for SUD Populations”
- Grysell Fabaro – “From Shattered Pieces to Mosaic: Exploring What Works Best with Individuals Experiencing PTSD”
- Yusof Jones – “From Artificial Intelligence to Organic Results: How AI and Technology Can Bring Data to Reality”
- Dania Alhindawi – “Breaking the Cycle: Improvements Needed in the Failing American Rehab System”
Bengkel ini turut mendapat kerjasama strategik daripada MADAC (Malaysian Association of Drug Addiction Counselors) dan PERKAMA International, serta sokongan rakan kolaborasi Naluri Riang dan Studio Pengasih.
Menurut pihak penganjur, objektif utama program ini adalah untuk memperkukuh jaringan antarabangsa dalam bidang pemulihan dadah serta menyebarkan pengetahuan yang praktikal dan terbukti berkesan kepada pengamal dan komuniti setempat.
“Kita ingin membina jambatan ilmu antara pendekatan barat dan tempatan, serta mewujudkan ruang dialog yang sihat mengenai kaedah pemulihan yang benar-benar berkesan dan berperikemanusiaan,” ujar wakil PENGASIH Malaysia.
Maklumat lanjut berkaitan bengkel ini boleh diperoleh melalui media sosial rasmi PENGASIH Malaysia atau laman sesawang rasmi di www.pengasih.asia.